Wednesday, September 24, 2014

Special sikitlah

Sabtu lepas hari lahir datin yang ke 60. Memang dah menjadi kebiasaan kami akan makan sehari sebelum hari jadi. Kebetulan Jumaat kan. Bawa la datin ke kedai tomyam feveret kami sekeluarga. 


Balik dari makan malam, kami pun apa lagi kasi nyanyi la lagu sambil bawa kek. Red Velvet kek sebenarnya. Tuan tanah order design macam ni tapi luarnya semua putih. Tapi kakak kek kata "saya rasa macam kosong sangat. Tu saya tukar". Selamba tak? Teruslah kensel lilin macam bunga api tu. Ni pun dah nampak sarat barat. Nasib kek memang sedap.

Kebetulan hari lahir datin sabtu tu, ada sepupu kahwin dikampung. Jadi memang dikampung lah seharian. Ahad tu baru kami bawa jalan jalan.

Hasil dari membeli di groupon, kami 4 beranak telah makan high tea buffet kat KL Tower. Jakun kejap tuan tanah. Mana taknya, Seoul Tower kan main lagi dah pergi. KL Tower tak pernah. RM65 per person includes high tea buffet, admission to Observation Deck & admission to Blue Coral Aquarium. Bukan Aquaria tau. 


Tadaaa~~ Datin dah sampai Menara KL tau. Memang tuan tanah jakun habis tengok pemandangan luar sebab restoran ni betul betul berputar kan. 


Cubaan menjadi photographer yang berseni. Dera kakak ipar posing macam tu. Takat macam ni takla over sangat. Ada yang siap baring lagi kat dinding tu. Nak menunjukkan jauh dari pemandangan bawah.


Kita entitle juga minta complimentary cake dari Restoran Atmosphere 360 ni. Jadi datanglah mereka membawa kek yang sangat sedap ni sambil nyanyi. Kami anak anak memang malu habis dengan situasi macam ni. Mana nak tahu diorang siap nyanyi kan.

Overall, makanan dia ok. Takla kata sedap sangat. Tapi pengalaman dapat naik dan makan kat sini memang best la. Staffs also were very helpful & friendly. Lagi lagi kami bawa datin guna wheelchair. Memang diberi priority lah. Tapi Malaysia masih tak OKU-friendly la. Bukan tak bagus, tapi hopefully akan jadi lebih bagus. Contoh yang rasa macam tak kena. Nak ke main entrance tu kena naik escalator. Tapi kami yang bawa wheelchair kena masuk pintu belakang dari pintu staffs. 

Agak pelik disini sebab ni kan tempat pelancongan yang terkenal. Sepatutnya ada la laluan khas untuk mereka yang menggunakan kerusi roda ni. Lagi satu Blue Coral Aquarium. Nak masuk pintu dia je ada 2 divider. Ni untung datin boleh jalan sikit sikit. Kalau langsung tak boleh, memang ramai ramai kena pikul ke? Dan pintu masuk ke aquarium agak sempit jadi kena usaha lebih sikit untuk tolak wheelchair masuk guna pintu tu. Tapi memang boleh dipuji staffs sini. Memang helpful and they were aware about their disadvantages for disable people. 

Datin happy, kami lagi la happy kan. So umur 61 nanti nak bawa pergi mana pulak ye. Bye!



Thursday, September 18, 2014

Tekak Mengada

Belum kahwin, apatah lagi pregnant. Tapi dia punya teringin nak makan, sampai sanggup nak pergi makan sorang sorang. Tapi nasib ada Afzan yang sudi menemani melepaskan keteringinan tuan tanah. tudiaaa.

So adala satu hari tu lepas kerja terus ke Sunway Pyramid untuk ke The Street Cafe yang terletak di Asian Avenue, Tingkat 1. Menu dia lebih kurang macam Dubu Dubu Restaurant tapi lebih berkonsepkan street gitu. Makanan makanan yang selalu ada kat stall stall kat South Korea macam yang selalu kita tengok kat tv tu. Yang paling penting halal & affordable. Takla semahal Bulgogi Brothers. Kira harga dia saing saing atau slightly cheaper than Dubu Dubu. 

Ada 2 cawangan. Satu kat dalam Sunway Pyramid of course. Satu lagi SS15 Subang Jaya. Yang Subang Jaya ni tak pernah pergi lagi sebab nak cari parking kat area situ macam cari rambut dalam tepung. haaaa nampak tak susahnya nak cari parking tu. 


Since both of us lapar gila & rambang mata, macam macam kami order. Kimbab roll, tteokbokki street style, dan yang atas ni mix pancake. dalamnya ada seafood & beef. Hah tuan tanah yang tak makan beef pun memberanikan diri menelan saja. 


Chicken Jajangmyeon. Selalu tengok dalam tv kan???? Kali ni tuan tanah dapat merasa. OOoOoO macam ni rasa dia. Cakap tuan tanah dalam hati. Macam mee hailam kita pun ada gak. Tapi seperti biasa rasa dia memang rasa makanan korea. Memang sikit pun tak rasa macam masakan kita. Too bad sini takdak Cold Noodles. Pernah rasa kat Myeongdong dulu. Pedasnya macam sampai tahap langit ke tujuh. 

Ok dah kenyang makan early dinner berdua, tak lengkap kalau tak makan dessert pulak kan. Tadaaa!! Jangan tak tahu Caffe Bene sekarang dah ada kat Malaysia. ok tuan tanah aje yang jakun kot. Orang lain mungkin tak heran pun. Located kat Ground Floor bersebelahan dengan butik H&M. Outlet lain korang boleh cekidaut kat Solaris Mont Kiara, Jaya Shopping Centre & Gurney Paragon Mall. 


Nahhhh sila makan hati tengok gambar ni. Caramel Cinnamon Bread. Rapuh, ringan & tak manis. Memang perfect dessert untuk kami berdua. Harga RM16. Worth every single cents. Percayalahhhhh


Dan satu lagi menu kami pilih Coffee Bingsu. Shaven ice yang berperisa kopi & ice cream kopi on top. Sapa penggemar kopi, boleh la cuba kalau nak rasa kelainan. Ada juga strawberry bingsu, green tea bingsu. Datang dengan 2 size. Single & Double. Yang tuan tanah order ni size single. Cukup untuk kami berdua. 

Tips kat sini. Always queue for table first, then only proceed to order. Sebab nanti bila order tapi takdak meja apa kes? nak makan atas lantai ke? Hehehe.


 There you go. Happy me. Mission accomplished. Korea day out with bff. Too bad lupa snap gambar Afzan. Sorry Afzan ;-)

Sesiapa yang teringin nak pergi dedua tempat ni tapi takde geng, jangan lupa ajak tuan tanah. Bersiap sedia je. Ok sampai ketemu lagi. Byeeee~


Friday, September 12, 2014

3 Hari Berturut

Fuhhh. What a weekday! Minggu ni memang agak kelam kabut sedikit. Dengan bos nak outstation sampai hujung bulan. Dengan tuan tanah demam. Memang lepas masuk dari MC je terus guna gear 5. Pecut siapkan segala. 

Ini memang entry lama. Kebetulan Mimi turun KL dari Kuantan. Jadi moh la cium cium pipi sikit. Jadi Jumaat 29 August 2014 lepas kerja shoot terus ambil Mimi & Angah kat USJ dan langsung ke The Curve. Berjumpa dengan rakan bloggers juga. They used to blog too. Ni kira 1st batch yang tuan tanah jumpa lah. 


Dari kiri berbaju hitam tu Angah. Kakak kepada Mimi. Sebelahnya rakan blogger Zie Ziana. Tapi panggilan manjanya Kakdik. Tudung pink of course Mimi, Tuan Tanah, Nita Hamdan sang isteri kepada rakan blogger juga EncikSepul serta anak mereka Umar Shadiq. 

Asalnya janji makan dengan Kakdik je. Tapi alang alang dah mencemar duli ke kawasan EncikSepul & Nita Hamdan, cuba nasib la ajak mereka dinner sekali. Ada jodoh rupanya jadi berjumpalah kami di Marche. Time ni Umar jual jual mahal lagi. Tapi mendengar kata sungguh. Abah & Ibu dia suh salam, terus salam. Takdak banyak songeh. 


Lepas makan haruslah ngopi dulu kan. Selalu duk tengok IG EncikSepul & isteri depa berdua pi cafe cafe yang hipster. Jadi ni kira salah satu lokasi yang depa dua orang dah pernah pergi. Friendly staffs, menu yang simple & harga lebih kurang macam Starbucks. Cuma mereka takda ice blended. Ada either hot or cold sahaja.


Nahhh ni la EncikSepul. Dulu dia ada blog. Suka sungguh pi blog beliau. Ceritanya random. Kalau food review lagi la best sebab lengkap dengan nak lalu mana, nak u-turn mana siap. Cuma mengikut beliau, dia dah tak boleh nak berblogging lagi kerana dah sampai maximum gambar posted dalam blog. Ada ke hal macam ni eh?


Sabtu 30 August 2014. Kak Nita whatsapp katanya nak cuba Bite Patties kat Klang. Ala warung burger ja tapi tuan tanah dan kawan kawan memang suka lepak situ. Nasib call dulu pekerja warung tu. Rupanya tutup. Dah alang alang EncikSepul & Nita dah mai dari Damansara, kami semua buat plan tergempar ke Foodsbury di Seksyen 9, Shah Alam. Located di belakang Shell sebelah Concorde Hotel Shah Alam. Kalau tengok kat ig Foodsbury ni macam pom pom sangat menu. Bila mai makan sendiri. Elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tu semua teknik ambil gambar ja. Tertipu tuan tanah. Spaghetti Olio tuan tanah pun hangit. Oh ya, malam tu tuan tanah bawak sekali Datin ikut pi melepak. Pernah korang melepak bawak mak? Hihihihi.


Dah makan? Harus ngopi pula kan. So bertukar ke Darul Ehsan area Foodsbury untuk pekena nescafe panas sikit. Sambil hujan sikit sikit. Masa ni Umar dah friendly habis dah. Dah kenal semua orang dah. Tengoklah sampai dia tutup muka tuan tanah bila nak ambil gambar. Di umur 4 tahun ABC dah lancar, nombor 123 dah lancar. Lagi bagusnya baca doa makan pun lancar. Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh ya Umar. 


Ahad 31 August 2014. Kali ni sungguh memang tak plan nak berjumpa. Tuan tanah, Datin, Mimi & Angah pergi ke Selera Jaya 223 demi nasi lemak Yati & Otak Otak yang kaw kaw sedapnya. Dari situ saja la nak ke A&W PJ sebelum ia akan ditutup. Rupanya keluarga EncikSepul disana. Apa lagi, memang melepak lagi la. Beratur kat A&W ni tak pernahnya tak panjang. Tapi nasib servis laju sikit daripada sebelum sebelum ni. Bayangkan dulu pernah beratur nak order makanan je dekat 40 minit. 

Dalam jam 11 malam gitu Datin yang tak biasa melepak ni dah rimas. Ajak pulang. Kami saja buat lawak sesama sendiri, dah jumpa 3 hari berturut turut kan? So lagi 3 tahun baru jumpa balik. Harap harap Umar tak lupa kat kami. 

Akhir kata, nah gambar umar sebelum dah jadi abang abang. kenapa dah takdak rambut macam ni?? kenapaaaaaaaaaaaaaa????



Monday, September 08, 2014

Dah uzur. Biasalah..


Kejadian yang berlaku petang semalam. Cubaan menghidupkan kereta semula di Petronas gagal. Kazen datang membantu untuk jump kereta dan berjaya. Panas ku sangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cewah. Terberhenti di Sementa, Kapar. Call kawan untuk bantuan.

Dari Kapar ada la 4 kali berhenti. Puncanya: Alternator. Bila benda tu rosak, bateri tak dapat dicaj. Dan alternator juga berfungi dalam menghasilkan elektrik untuk menghidupkan enjin kereta. Setelah sampai ke town klang (highway tepi Aeon Bukit Raja) kereta mati untuk kali ke 5. Situasi tak sesuai untuk jump dengan kereta kawan. Rupanya insurance kereta ada cover towing. (baru tuan tanah tahu)

Pihak insurance cakap tow truck akan sampai dalam masa 45 minit ke 1 jam. Dalam masa menunggu tu siap dah bubuh segi tiga oren tu memandangkan kereta semua laju laju. Baru je letak segi tiga itu, ada satu kereta berhenti. Pangkat abang abang. Lalu bertanya "dik tumpang tanya. Macam mana jalan nak pergi icity?" Rasa nak jawab icity dah pindah kat Nilai. Tak tau ke?

Takpala, dalam hati je cakap macam tu. Tapi tetap gigih mengajar cara cara ke I-City. Masalahnya lepas ajar tu terus cakap terima kasih dan berlalu pergi. Takde inisiatif berbahasa ke tanya kenapa ke, pura pura tengok ke. Jujur sungguh abang itu. Dalam senja macam tu, abang tow truck sampai dan selamat tow ke workshop. Wuuuwuuu sedih. Itu je nak beritahu. 

Tuesday, September 02, 2014

Seoul International Drama Awards 2014




Out of the blue, tuan tanah dapat direct message kat twitter tuan tanah Ahad lalu. Wei ada chance jumpa Lee Min Ho weiiii!! Mungkinkah Jo In Sung ada? Song Ji Hyo? Choi Jin Hyuk? 

Sadly I only won pair of tickets. No air flight tickets dan apatah lagi accomodations. Belek belek website AA, it costs RM1500 return ticket. MAS? RM3k lah!! 

Ada sesiapa yang akan ke Seoul dalam masa terdekat? As in the award will be held on 4th Sept 2014. Ye kawan kawan sekalian. Lagi 2 hari je. 

Dalam hati memang bengang gila. Kenapalah rezeki murah time ni? Why? Y__Y

Monday, August 25, 2014

AirAsia Free Seat LAGI!


sumber gambar dari blog A Traveller's Note 

Kebanyakan blog sekarang tengah meroyan pasal Air Asia buat free seat. Cuba juga terjah kot kot ada yang berkenan dihati dan kena dengan timing. Pehh Kebanyakan memerlukan cuti yang panjang atau pun MAHAL! 

Cuba juga carikan untuk kawan yang mahu join ke BDO april nanti. Tapi tak dapat pulak harga yang canggih manggih untuk tarikh itu. Takdak rejeki betul. Oleh kerana stress, dah takmau tengok dah website ni. Protes~~

By the way dengar dengar November 2014 tiket return ke Seoul serendah RM409. Dan ada pulak yang dah beli tu. Kalaulah tak kerana dah bayar duit hotel kat HK, memang tuan tanah selamba kensel kan tiket HK dan terjah semula Seoul. First time rasa orang tamak selalu rugi. Haha!

Meh la kongsi korang dapat beli ke mana? Ada sesiapa dapat pergi ke SGN sebelum Ramadhan next year? Nak join boleh tak? 

Tuesday, August 19, 2014

Jalan Jalan Johor Bahru Day 3

Matilah cerita sebelum bulan Ramadhan pun belum habis. Hari terakhir dekat Seoul pun tergantung begitu saja. Mungkin memang tak berapa gemar cerita last day kot? Hihi. Jom baca apa yang masih tuan tanah ingat ye.

Kami mencari Hutan Bandar demi Lontong Kering yang hebat diperkatakan itu. Bila call kawan yang pernah kerja di JB katanya Hutan Bandar ada satu je. So dengan yakinnya guna khidmat waze untuk mencari kawasan Hutan Bandar. Selepas setengah jam sampai ke kawasan Hutan Bandar di SKUDAI. YE SKUDAI YE!! siap tanya pakgad. Dia kata mana ada orang jual lontong dalam ni. Ni tempat jogging je dik.

Kongajaqqqqq. Salah rupanya. Dah berhenti tepi jalan. Google betul betul landmark untuk kedai makan Lontong Kering ni. Patah balik menghala ke area Larkin. Rupanya dia terletak dekat dekat area Balai Bomba yang famous dengan Kacang Pool tu je. Aigooo punya la jauh sosat jalan.


Ha tengok Lontong Kering ni sekarang terus terliur. Mana nak cari sesedap ni. Nasib betul sedap. Berbaloi sesat jalan Hehehehe. Memang makan bertambah kami kat sini



Pada yang nak cuba datang sini boleh try cari SMK Sultan Ismail sebab food court ni berada dihadapan sekolah tu.

Yang ni saya copy paste dari JohorKaki


Restaurant name: Fatimah Nasi Campur (stall number 13)

Address: Off Jalan Abdul Samad (next to Hutan Bandar and opposite SMK Sultan Ismail)
GPS: 1.480152,103.742974
Hours: 7:30am to 2:00pm


Next perhentian kami ialah goreng pisang JDT. hahaha ni kawan tuan tanah yang beri nama ni. Sebab dekat dengan padang pemain bola JDT buat latihan. Ntah betul ke tidak tu tuan tanah kurang arif lah. Fuh nasib kami baik sebab mengikut kawan kedai ni sentiasa ramai orang beratur untuk goreng pisang yang cicah sambal kicap. Memang sedap. Selain tu mereka ada jual kuih kuih lain, nasi lemak & mee bungkus pun ada. 



Masa tuan tanah makan ni dapat pisang yang manis manis tu. Bayangkan manis manis tu cicah sambal kicap yang marvellous. Memang layan sungguh makan ni. Tanpa beratur panjang tau~

Dan ini seperti biasa tuan tanah copy paste dari JohorKaki

Restaurant name: Pisang Mawar
Address: Off Jalan Sungai Chat, next to Galeri Mawar and Kedai Bunga Kim Florist (nearby landmarks are Thistle Hotel and Johor Clock Tower)
Map: http://goo.gl/maps/FBLPv
GPS: 1.461741,103.741906

Hours: Noon till late afternoon 

Lepas dah kenyang makan pisang goreng, kami decide nak balik ke KL awal sebab masa tu last day cuti sekolah. Takut jalan sesak. Tapi Alhamdulillah trafik ok dan sampai ke TTDI dalam jam 4 petang dan terus meng-sushi-kan tekak sebelum pulang ke rumah :)

Tuesday, August 12, 2014

Hujan lebat. Kerja banyak.

Ketika ni meja pejabat dah tak nampak rupa macam meja dah. 
Rasa macam dah rupa kawasan timbunan kertas recycle. 
Sekali sekala mengeluh panjang. Lalu tangan laju memegang tetikus.
Google menjadi pilihan dan dengan SENGAJA taip
"Jalan Jalan Seoul"
Nah hamik engkau. Terus rasa nak menangis.
Kalaulah wang bukan masalah,
Kalaulah komitmen kerja bukan masalah.
Ok dah jom sambung kerja.

p/s: tuan tanah belanja satu gambar :)


Thursday, August 07, 2014

MAS buat promo lagi


(gambar ni tuan tanah cilok kat blog kakak cantik manis ini)

Macam mana ni? Ada yang serik ke? Atau ada yang macam tuan tanah yang tetap yakin? Ajal maut kan ditangan Allah swt. Dah apa lagi tunggu, beli lah!~ Tuan tanah nak balik kampung hehe


Untuk panduan masing masing. Bye!!

Wednesday, August 06, 2014

Running Man in Malaysia


Aigoooo!! Why why? Why come in November? Why?? Day before tuan tanah pergi bercuti pulak tu. Kecik hati tau. Dah la 1st attempt nak bawak RM members datang dulu tak berjaya. Ntah apa kabar duit duit orang yang dah beli tiket dulu. Lepas tu bila Kwang Soo & G Dragon datang Malaysia, tuan tanah pi Seoul. Kali ni RM members datang tuan tanah pegi cuti cuti. Oleh kerana tidak berkemampuan nak beli tiket, mungkinkah kita boleh usahakan welcoming them kat KLIA je? Hehe gitu semangat dia. 

Pada yang nak info lebih lanjut, ni tuan tanah copy paste dari FB One TV Asia  

The news you have been waiting for…RACE START Season 2 in Malaysia is coming to you this November! 

Catch the stars - Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, HAHA & Song Ji Hyo from our favourite K-variety show LIVE! 

RACE START Season 2 in Malaysia Running Man Fan Meeting 
Date: 1 November, Sat
Venue: Stadium Negara
Ticket Price: RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) and RM199 (CAT 4)

VIP (RM729) ticket holders not only have the best seats in the house (nearest to the stage!), but will also receive an exclusive autograph pass, where they will get an opportunity to meet the stars up close and personal and get an autograph from 1 of the cast members!

Race Start Season 2 in Malaysia is proudly presented by ONE HD, with Supporting Sponsor Red Bull No.1 Energy Drink in Malaysia.

Ticketing details will be released soon! Stay tuned! 


p/s Nasib Kang Gary takdop. hehehe

Wednesday, July 30, 2014

Raya raya raya!

Masih mood berayakah semua? Tuan tanah sekarang berada di Yong Peng. Rumah pakcik. Orang takdak kampung macam ni la. Raya pertama je dah settle semua rumah adik beradik arwah abah. Mak pula anak tunggal. Atuk nenek dedua belah pun dah lama meninggal.

Jadi untuk mengisi masa, tuan tanah bawak mak ke rumah pakcik di Johor. Sebenarnya takde talian pun. Dulu pakcik ni waktu bujang menyewa sebelah rumah kami. Rapat sampai dah jadi macam keluarga. Sekarang anak dah 2. Dedua hemsem. Tapi pemalu ya hamat! Sorang mekanik katebang kat AA Senai. Sorang form 5. Pakcik pulak dah jadi tok ketua kampung. Orang datang beraya macam kenduri kahwin. Nasiblah masih sudi terima kami hehe.

Oklah nak pergi sambung makan lagi. Selamat hari raya korang!!

Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri

Dikesempatan ni tuan tanah nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua yang sudi baca blog tuan tanah yang tak seberapa ni.

Ramai juga kenalan baru yang tuan tanah kenal melalui blog. Semuanya kerana trip Seoul tuan tanah yang dulu. Terima Kasih sebab korang sudi dan gigih post entry entry untuk pedoman orang macam tuan tanah.

Dikesempatan ni juga tuan tanah ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, terguris perasaan sepanjang perkenalan kita di alam maya ini.

Pandu berhati hati. Jangan main hp ketika memandu dan kalau mengantuk, berhenti rehat dulu ya. Tak hilang punya kampung tu.

Untuk tuan tanah sekeluarga, ni tahun pertama sambut aidilfitri tanpa arwah abah. Insya Allah, doa sentiasa mengiringi arwah abah di sana.

Selamat Hari Raya korang!!

P/s: Hari ni tuan tanah terima kad raya dari blogger yang manis lagi famous. Siap ada duit raya tau. Terharu betul sebab yela sapala tuan tanah ni. Baru je start jinak jinak merayap kat blog beliau hari hari hehe. Terima kasih banyak banyak ye. Rasa happy sungguh :)

Friday, July 18, 2014

Pesawat MH17 ditembak

295 penumpang, anak kapal terbunuh


Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, malam tadi.

Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu. 

Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara. 

MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.


Bangun sahur dikejutkan dengan berita sebegini. Mengucap panjang tuan tanah. Membayangkan ujian yang Allah turunkan kepada kita. Semoga Allah permudahkan segala urusan mangsa mangsa MH17. Semoga Allah tutupkan segala aib mereka, semoga Allah ampunkan segala dosa mereka & semoga Allah tabahkanlah hati keluarga mereka. 

Dan kita sebagai manusia, berdoalah untuk kesejahteraan kita semua. Hentikan spekulasi, jangan sebarkan berita yang tak sahih. Inilah masanya kita sesama manusia berpegang teguh sesama sendiri. Ujian yang Allah turunkan ini adalah peringatan untuk kita yang masih hidup dimuka bumi ini.

Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam & semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang orang yang beriman. Amin.

Monday, July 14, 2014

OhEmGee, its Code Name Blue!

Dengan ini secara rasminya ingin tuan tanah umumkan bahawa tuan tanah adalah peminat CNBLUE!

Sapala sangka 2 tahun lepas tuan tanah mengenali Running Man dari seorang kawan. Jadi peminat tegar Running Man. Semangat ke Korea Selatan berkobar kobar lepas follow Running Man. Kalau boleh semua tempat diorang shooting tu tuan tanah nak pergi. 

Lepas tu baru sikit sikit kenal artis dorang. Yang menyanyi, yang berlakon. Lee Min Ho, Jo In Sung tu jangan cakapla. Kalaulah terjumpa sah sah nangis nangis (kalah feeling jumpa Remy Ishak atau Anuar Zain okay)

So ada satu hari ni saja la search kat youtube kumpulan CNBlue. Padahal masa kat Seoul ni siap belikan kawan kawan album CNBlue. Siap dapat poster bagai. Nan hadonya tuan tanah heran. Sekali terdengar kat youtube, terus tertusuk dalam jiwa. Apa lagi? Jari jemari ni laju je la search pasal CNBlue. 

Dari lagu lama, sampai lagu baru. Dari drama lama, sampai drama baru. Semua tuan tanah tengok. Hoi YongHwa, pasaipa comel sangat gigi tu? Semua ahli CNBlue tuan tanah suka. Lagi lagi dalam We Got Married. Waduh waduh. Parah dah ni.

So mana nak cari merchandise dorang ek? Ada sapa sapa nak pergi Seoul? Mohon kirim boleh? Nak semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. 


P/S: Sapa nak join tuan tanah pergi konsert CNBlue august nanti kat Stadium Negara?

Thursday, July 03, 2014

Jalan Jalan Johor Bahru Day 2

Assalamualaikum korang. Alhamdulillah dah masuk hari 5 kita berpuasa. Lemau? Lapar? Dahaga? Ha semua tu ada pada tuan tanah. Agaknya baru baru kot ni. Harap takla berterusan. Memang tak produktif langsung sepanjang hari berpuasa ni. Alasan sangat kan?

Kat sini tuan tanah nak ambil kesempat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Jom kita sama sama rebut untuk collect pahala banyak banyak. Mungkin dari 2 kali je sembahyang sehari, kita cuba penuhkan 5 waktu. Ni bukan mengata sesiapa tau. Ni reminder pada diri sendiri juga. Tengah mencuba sedaya upaya untuk menjadi seorang muslim yang lebih bagus.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ok jom sambung entry jalan jalan kami ke JB. Dah lama gak sebenarnya. Tapi sebelum makin berkarat otak tuan tanah, baik cepat buat kan. Sementara ingat la katakan. Lagi lagi bulan puasa ni, macam slow motion je pergerakan seharian kecuali pergerakan jari jemari. hehe


Day 2. Kami mula lambat. Yela, malam tadi nya tidur dalam jam 3 pagi. Tambah pula hujan lebat pagi ni. Pehhh memang bercuti santai kami. Semua duk golek golek je memalaskan diri sampaila jam 10 lebih baru bersiap siap. So nahh, selfie 1 kali untuk tatapan anda,

Kami bermula je terus cari makan tengah hari. Terus menuju ke Kacang Pool Haji. Nak juga merasa sedap sangat ke menu dia. 


Tadaaa. meleleh air liur tak tengok? Hehehe. Ya Allah sedapnya makanan ni dicicah dengan roti macam ni. Memang totally jakun gila. Portion cili & bawang tu just nice untuk makan dalam kacang pool.


Nampak tak perbezaan antara 2 gambar ni? Tuan tanah tak makan kuning telur goyang goyang tu, So tuan tanah request yang goreng dua dua belah. Licin dalam masa 10 minit. Paling best lepas makan kakak ipar call, jadi cakapla pasal tengah makan kacang pool. Sekali dia tanya "aik makan ke? dalam tu ada daging. tak muntah?"

Tekak ni apa lagi terus rasa nak muntah! Tuan tanah macam alergik dengan daging lembu & kambing. Asal makan je terus rasa kembang tekak. Taktau pasai apa. Sampai masa zaman belajar dulu dapat surat doktor kata alergik. Yela, kang makcik makcik dewan makan kata kita mengada sebab tanak makan kan. Tapi kes kacang pool ni, takde rasa langsung daging tu. Fuhhh selamat. Kalau tak rugi RM4 & rugi tenaga muntah.


Nasib baik kami order Tauhu Bakar jugak. Terus makan ni banyak banyak dengan niat nak cover yang dah termakan daging tu. Ni pun sedap. Tapi tips untuk tauhu bakar ni, kita memang kena makan on the spot. Kami ada tapau 1 dan mintak pakcik tu asingkan dengan kuah. Bila nak makan tauhu tu dah liat. Dah tak rangup. Jadi tapayah la tapau. makan je sampai takmau kat kedai. 

Kalau sesiapa nak cuba bolehla cari kedai Kacang Pool Haji di Medan Selera Larkin. Berdekatan dengan Balai Bomba.

Sebenarnya sebelum keluar hotel, kami dah beli ticket nak tengok wayang cerita CEO siap siap. Bak kata kami, bila lagi nak tengok wayang. Time time bercuti la. Tengok sekarang, Transformers pun belum dan nak tengok. So lepas makan kami terus bergerak ke City Square. 


Oleh kerana movie start lewat petang, kami jalan jalan dulu dalam City Square dan terjumpa Nails Studio. Besar kedainya. 16 orang pekerja. Memang cekap & pantas. Paling penting affordable. Takla mahal macam kat KL. So kami decide buat pedicure & manicure untuk RM75 sahaja uols. 


Sebenarnya masa beli tiket taktau pun yang ada movie day out dengan pelakon pelakon CEO. Tengok instagram baru tau. Memang rejeki sungguh! Kebetulan kawan tuan tanah ni berkawan dengan wife Beto masa zaman childhood. Apa rasa jumpa Remy Ishak & Beto Kusyairy? Rasa nak meletop jantung. Hahah ok over sangat tu. Tapi diorang memang friendly. Suka sukaaaaa.


Ha tengok gambar kawan tuan tanah ni. Cheeky habis dedua pelakon ni kan. Arghhh jeles!! Even gambar blur sebab staff yang ambilkan gambar tu nak cepat. Kami berjaya masuk dalam video yang Beto record lepas habis wayang. Hahaha gila poyo kami bertiga. 

Dari City Square kami gerak ke Restoran Singgah Selalu. Dengarnya famous sangat. Masa kami datang tu baru jam 8 lebih. Orang tak berapa ramai. Terus order macam macam.


Sotong BBQ ni la yang paling sedap kami order kat sini selain dari Nasi Goreng Tepanyaki. RM11 sepinggan. Overall makanan dia sedap sedap juga. Air buah pun terasa la buahnya. Takla macam kedekut je rasanya. Kami makan semua share share. Tapi rasa macam pricey sikit. Total 3 orang makan RM96. Gulp! Takpala. Nasib sedap. Time ni perut memang ketat gila. Dah tak larat nak buat apa. Jadi kami terus pulang balik ke hotel. 

Pada sesiapa nak cuba Sotong BBQ ni boleh datang ke Restoran Singgah Selalu di Jalan Skudai. Ala area area Danga Bay je.


Monday, June 23, 2014

Siapa Kita?

Kecoh kat FB, kecoh kat Twitter. Kecoh kat Instagram. Even artis artis Malaysia ni pun kecoh sama. Duk kutuk sana sini pasal Ibu kepada anak yang OKU tu.

Bila baca pasal anak itu. Ya Allah kesiannya. Apala rasa berada di situasi dia. Tapi walaupun macam tu, panjang umur anak tu. Dah la tak sama dengan budak budak lain. Kurang kasih sayang & perhatian dari keluarga. Ya Allah sedih & hiba sungguh baca. 

Tapi siapa kita nak hukum ibu dia? Walaupun secara asasnya itu memang tanggung jawab ibu bapa. Siapa kita wei? Nak kutuk kutuk. Nak print screen FB beliau. Mengata pasal mampu pulak pakai tudung merelip. Pandai pulak main FB & share video tapi tak tau pasal JKM.

Tuan tanah nak tanya. Dia abaikan anak dia macam tu. Kita? Berapa peratuskah perhatian & kasih sayang kita beri pada mak ayah kita yang dah bersusah payah besarkan kita. Berapa banyak wang dari gaji yang kita sediakan untuk mereka. Untuk menjaga makan pakai diorang? Mungkin orang akan kita "at least ada gak" tapi kalau tak beriya iya kita pun mungkin jadi macam ibu anak OKU tu. 

Dia mesti ada hal tersendiri. Tahu tak betapa tension nya jaga orang kelainan upaya ni? Jangan sebut pasal Iman. Jangan sebut pasal Sabar. Kalau kita ni cukup semua mesti tak wujud rumah orang orang tua. Mesti takde orang dalam penjara.

Janganlah. Hentikan. 

Wednesday, June 18, 2014

Jalan-Jalan Johor Bahru Day 1

Hello korang. Seperti entry lepas, tuan tanah ke JB dengan 2 besties untuk saja jalan jalan explore makanan di JB. Kalau sebelum ni memang kerja kami naik ke Penang je untuk jalan jalan cari makan. Kali ni kami cuba serang JB pulak. 

Memulakan hari Jumaat kami dengan bersarapan di Nasi Lemak kat Village Park Restaurant bertempat di Uptown Damansara. Ni kalau weekend kalau tak beratur memang tak sah. Oleh kerana kami pergi office hour tak perlu queue uols. Meja pun banyak yang available. 


Nasi Lemak Ayam Rempah dan disulami Kopi Ais. Memang mantop! Dan kalau nak tahu kami selalu panggil kedai ni Nasi Lemak Neelofa. Mohon jangan fikir bukan bukan. Neelofa merupakan salah sorang share partner dalam restoran ni. So tu sebab kami panggil dengan panggilan gitu. hehehe. Pada yang masih belum cuba, ni alamat restoran ni. (Bersebelahan dengan Hayaki Cafe & berdepan dengan RHB Bank)

Village Park Restaurant
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7710-7860
7am – 8pm (Mon-Sat). 7am – 6pm (Sun)



Dari sini kami terus memecut ke JB dengan dalam kepala duk fikir jalan jem ke tak? Jalan banyak kereta ke tak? Nasib Afzan yang drive. Paling cekap memandu tu memang dia. Kami yang berdua ni hanya hiburkan je la driver bagi tak mengantuk hehe.


Oh dah nama pun trip jalan jalan cari makan, kami tetap berhenti kejap kat Starbucks Petronas kat highway Sungai Besi tu. Tuan tanah sempat cuba minuman baru diorang yang Strawberry Cheesecake tu. Sedap. Tapi kalau lambat minum jadi manis sangat bila dah tak sejuk.

Alhamdulillah jalan ok. Even banyak kereta. Kami gerak dari TTDI dalam jam 10.30am dan sampai ke destinasi kami yang pertama iaitu Johor Premium Outlets (JPO) lebih kurang lepas zohor. Laju Hebat tak pemanduan Afzan? Pertama kali tuan tanah jejak JPO okehhh. Selalu dengar orang duk sebut sebut. Ni la baru ada peluang pergi tengok dengan mata kepala sendiri.


Pada pandangan tuan tanah tempat ni memang sesuai kepada sesiapa yang mampu & tak kisah. Sebab barang sini kebanyakannya macam dah takde season. So agak kebelakangan sikit la. Macam kami bertiga yang tak berapa up to date ni kira acceptable la. At a cheaper price kan. Kalau kami memang kaya raya memang tak jejak JPO ni **ada unsur belagak disini**

Dari pakaian, beg tangan, beg travel, perfume, cosmetics, jam tangan dan macam macam lagi ada. Tinggai sediakan wang je untuk bayar di kaunter kalau dah berkenan dihati. Jangan tak percaya kami kat sini je dekat 5 jam. Bukan membeli sangat. Membelek setiap kedai. Tak mampu beli, tengok pun jadi la kan? Macam ada satu hand bag kat MK tu. Dulu pernah kawan beritau dia beli RM1k. Kat sini RM600. Murahla kan? Tetap tuan tanah rasa tak perlu. Baik kumpul duit balik kampung hehehhehe.


Setelah 5 jam tu baru la rasa lapar dan baru teringat belum lunch. Hah sampai macam tu penangan membelek kat JPO ni. Terus la ke Dome Cafe kat JPO tu untuk makan. Ada la sikit tuan tanah membeli kat JPO tu padahal asalnya nak beli barang Victoria Secret je tapi tetap tersasar dari landasan. Ada rezeki lebih sikit, belilah untuk diri sendiri kan. Siapa lagi nak hargai kita kalau bukan kita sendiri hehehe **ayat penyedap hati**

Lepas dah makan tu kami terus gerak ke Hotel Mutiara untuk rehat rehatkan badan. Maklumla dah banyak guna tenaga berjalan kat JPO. Sampai je hotel memang disambut mesra oleh pekerja pekerja sana. Urusan check in juga pantas. Masa survey harga kat Agoda dalam RM180 per night, through call RM180 jugak. Tapi kalau through online kat website Hotel Mutiara dapat RM160 per night untuk 2 queen bed without breakfast. Haruslah ambil yang the best deal kan.



Ok abaikan bilik kami yang agak bersepah. Sebenarnya ni bilik hari kedua dah. Yang penting nak cakap bilik Deluxe ni luas. Tapi queen bed dia kecik sikit la. Untuk kepuasan maksimum, kami alihkan meja telefon yang antara 2 katil tu dan gabungkan 2 katil jadi katil besar. Baru selesa kami bertiga.

Lepas dah check in semua settle, rehat rehat kan diri sambil tangan laju membeli 3 tiket menonton Maleficent di KSL City. Dekat je dengan hotel kami. Over? Ala masa kat KL/Klang mana la dan nak tengok tengok wayang ni. Kalau jumpa pun nak borak borak. Rasa rugi tengok wayang. Jadi ni kesempatan paling sesuai. Hebat cerita tu. Memang lain dari cerita fairytales yang lain. Angelina Jolie seperti biasa takkan menghampakan.

Habis wayang dalam jam 12 malam. Paling kelakar bab ni. Maklumla kita bukan orang sini kan. Tak tahu macam mana procedure keluar dari wayang untuk ke parking. Sudahnya end up ke pintu kecik kan belakang mall yang tepi tong sampah. Macam mencuri pun ada. Dari belakang tu jalan kaki ke depan dan turun ke parking guna jalan kereta nak masuk parking tu untuk elakkan lebih sesat. Ha tu dia punya sesat. Masa ni risau gak. Yela tempat orang dan tengah malam kan.

Dari situ kami terus mencari jalan untuk makan Bubur Nasi Istimewa kat area Taman Sentosa. Ada kawan tak suggest kan makan disitu kalau tengah tengah malam sebab banyak kelab / pub kat situ. Tapi degil gigih jugak nak pergi. 


Gerai Bubur Nasi Istimewa No. 1 terletak betul betul depan 7-Eleven. Bubur kosong yang ada side dishes macam Kangkung Goreng Belacan, Sambal Ikan Bilis & Telur Masin. Memang style mak mak sangat. Feeling habis makan ni. Dan jangan terkejut kalau ada pakcik pakai siren duk arrange kan cari meja & order makanan. Dan pekerja sini kebanyakan semua pitching tinggi. Memang berbakat dalam jerit menjerit. 

Kat sini tuan tanah cuba makan otak otak jugak. Tapi ada yang rasa masam. Terus potong selera. Masa nak bayar tu bila beritahu adik tu, dia cuma exclude kan yang masam tu dalam kira kira. Tapi tak terkejut atau pun tak minta maaf. Hmmmm.

Kalau korang nak cuba bubur ni, boleh try google alamat kat bawah:

Gerai Bubur Nasi Istimewa No. 1 (depan 7-Eleven)
Jalan Sutera, Taman Sentosa
6pm - 2am

Dari sini kami pun menghala pulang ke hotel. Masa ni lounge kat hotel memang penuh dengan orang tengok bola. Mata kami memang dah tak mampu nak stay up untuk bola. Dapatla main uno card seround dua. Lepas tu apa lagi, tidur berjemaah lah! 

Ok nanti sambung Day 2 ye. 



Tuesday, June 17, 2014

Semua Orang Nak Jadi Bos - CEO

Hi korang. How was your weekend? Tuan tanah had  a great sweet escape with my 2 girlfriends. Asalnya nak jalan jalan cari makan ke Johor Bahru. Tapi biasala, sambil menyelam mestila ambil gambar selfie kat dalam laut kan? Hehe apa perumpamaan yang tuan tanah pakai kan ni. So kitorang decide nak tengok wayang sebab bila dah balik ke dunia asal kita ni memang tak berkesempatan nak tengok tengok wayang ni. So jom! Tuan tanah nak buat review pasal filem Malaysia. Nama filem tu CEO.


Sebelum tu, tuan tanah rasa korang pun tahu kan. Ada 2 jenis filem melayu kat Malaysia ni. Satu yang seangkatan dengan Adnan Sempit, Bini Bini Ku Gengster, Jangan Pandang Belakang Congkak (sekadar menyebut beberapa contoh filem) Dan satu lagi jenis macam filem Istanbul Aku Datang, Cinta, Setem, Sepet (juga sekadar menyebut beberapa contoh filem) Jadi dalam kes filem CEO ni, tuan tanah masukkan filem ini ke dalam kategori no 2. Yang tak punya promo besar besaran & yang tak punya penonton yang full house macam Adnan Sempit tu.  

Tapi kalau korang tengok senarai nama pelakon yang ada dalam filem ni korang confirm akan rasa aikk besarnya budget filem ni. Siap ada Dato Jalaluddin Hassan, Deanna Yusof & Remy Ishak. PERCAYALAH cakap tuan tanah mereka tu semua condiment je. Perisa tambahan dalam filem ni. Yang paling best dan yang paling tersemat kat hati tuan tanah watak Suffian, Aloy, Husin & Nina.

Filem ni ringkas. Jalan cerita filem masuk akal untuk rakyat rakyat marhaen macam tuan tanah. Lawak lawak yang digunakan juga bukan lawak spastik. Lawak seharian kita serta lawak bijak. Semuanya di control. Tak lebih, tak kurang dan tak annoyed kan. Tapi sarat dengan kasih sayang, nasihat & motivation. Ada watak tipikal. Kalau kaya mesti sombong & pandang rendah pada orang orang biasa. Dan ada orang yang biasa tanpa cita cita tinggi menggunung macam orang orang kaya. Bukan sebab berputus asa, tapi berpijak pada bumi yang nyata. Watak watak tambahan yang ada dalam filem ni melengkapkan filem ni. 

Jadi tuan tanah ingin seru semua pembaca blog tuan tanah, berilah filem ni peluang. Kalau korang rasa tension kat ofis, korang rasa nak maki dengan takdir or even korang rasa dunia ni tak pernah adil. Pergi tengok filem ni. Worth every penny you spent. 

Big round of applause to the director, Razaisham Rashid for gathering a wonderful & talented actors & actresses. Standing ovation also must be given to the script writer, Nazri Mohd Annuar. Matured. He once wrote script for Karipap-Karipap Cinta. WEI KORANG TAU TAK FILEM ITU MACAM MANA? dan mohon tengok Filem CEO. Dan korang akan rasa kematangan script writer ini. Tuan tanah memang puas hati sangat sangat dengan filem ni. Jom support filem industri kita.

Akhir sekali, nah tuan tanah belanja satu gambar :)


From left side: Remy Ishak, Tisha Shahar (wife Beto), Tuan Tanah, Afzan (my bff), Beto Kusyairy

Monday, June 09, 2014

From Daegu with Love

Hi uols. Bagaimana Isnin anda so far? Cuaca panas terik kan? Make sure banyak minum air kosong ye. Kalau agak agak tak perlu, duduk la rumah. Tak perlu keluar. Terbakar kulit uols nanti. Nak tanned lagi ke? Kalau warna tuan tanah ni dah tak payah tanned bagai. Dah tinggal nak hangus je hihi.

Jumaat lepas kawan tuan tanah datang dari Daegu bersama mak ayah dia. YaeJi namanya. Cantik mulus orangnya. Maklumla diorang kan dapat angin sepoi sepoi sejuk menerpa ke pipi. Semua acah acah muka Song Hye Kyo. Hihi. So since masa visit tuan tanah dengan Mimi ke Seoul, YaeJi turun dari universiti dia untuk jumpa kami semata mata. **terharu** jauh tau. 45 minit naik subway. So apala sangat tuan tanah drive dari Klang untuk jumpa YaeJi kan? 

Banyak juga tempat dia lawat dari Jumaat. Sabtu tu dia sempat cover Batu Caves, KL Tower, Masjid Jamek, KL Gallery. Haaa tiada satu pun yang tuan tanah pernah pergi kecuali Masjid Jamek.**malu** Kami janji nak jumpa kat Jalan TAR. Mula mula tepuk dahi jugak tuan tanah sebab kenapa dalam banyak banyak tempat, dia nak pergi pasar jalan tar. Hikhik. Takpa layankan saja.

Tapi bayangkan keramaian kesesakan orang kat jalan tar weekend tu. Tambah tambah cuti sekolah, dan ramai dah mula siapkan persiapan raya. Hazab uolss. Sekejap je mak ayah YaeJi boleh tahan kat pasar tu. Terus minta cari tempat aircond. 


Ni la YaeJi. Cantik manis bukan? Baru 23 tahun uols. Dah pernah practical kat Malaysia pun dulu. Dikala tuan tanah umur macam ni, tak pernah lagi terfikir nak travel solo molo ni. Even sekarang. Belum dapat kumpul keberanian uols~~ 

Dari Jalan TAR kami begerak ke Pavillion. Asalnya nak guna kereta je dari jalan tar, tapi bila fikir nanti mesti lagi sesak nak masuk ke Pavillion. Jadi kami naik Star LRT je. Ya Allah jakunnya tuan tanah. Subway kat Korea tu selamba yakin je kan. Bila kat tempat sendiri terus jadi kalut. Dasar double standard!!


Nasib ada San Ee. Lelaki dihujung sekali dalam gambar ni baik sangat. Kawan YaeJi juga. Orang Malaysia macam tuan tanah haha. Dia la yang bawa YaeJi & keluarga jalan jalan sekitar KL. Sungguh sebenarnya ramai orang kita baik baik. Tapi ramai yang malu malu nak buat baik. (cakap pd diri sendiri jugak) Oleh kerana tuan tanah tak berapa mahir dengan public transport KL, memang San Eee yang jadi tour guide. Memang macam tuan tanah pun kira tourist.


Bayangkan rupanya Star LRT tu dah takde ticket. Dah pakai token! Haa nampak tak lamanya tak guna. Kali terakhir guna mungkin tahun 2009. Changes is good Nazla **tepuk bahu sendiri** Even dah hampir 5 tahun tak guna public transport, rupanya mentaliti kita masih sama. Tetap berebut naik train. Tetap tak beratur. Tetap tak beri orang keluar dulu baru masuk ke dalam train. Bukan nak mengata. Tapi malu sekejap dengan YaeJi. Jauh lapan belas tiang agaknya dengan tempat mereka. But no every station macam ni. San Ee kata ada few stations orang dah mula beratur. Kat Korea tu naik bus pun beraturnya macam nak beli ticket tengok Transformers tau. Come on Malaysians! we can do it!! Haha acah acah semangat.


Ni la mak ayah YaeJi. Sayang sungguh mereka tak boleh berbahasa Inggeris dan tuan tanah tak boleh berbahasa Korea. Kalau boleh, confirm rancak! Mak YaeJi ada tanya siapa artis Korea yang paling tuan tanah suka. Nasib tuan tanah jawab satu je. Ikut hati mau sampai 20 nama tuan tanah sebut hehe. Ayah YaeJi pula ada business contractor. Dia kata dia jarang tengok tv sebab takda wang. Hehe. Cubaan berseloroh menggunakan body language. Janji kami dedua paham sudah. Rumah dengan office sebelah sebelah je. Dan dia suka bela ayam. Dah ada 10 ekor dia bela. Siap tunjuk video tau~~ Dia jemput datang rumah diorang kalau datang ke Korea lagi. Dia boleh masakkan ayam katanya. 

Bila tuan tanah cakap weekend tu Kim Jong Kook ada kat KL. Diorang kata diorang pun tak tau dan pelik macam mana tuan tanah boleh tahu. Nampak tak betapa ramainya sebenarnya artis dalam negara diorang. Pada tuan tanah KJK tu dah famous habis dah. Dah macam Anuar Zain kita. Haha. Poyo sangat tuan tanah~


Dari Star LRT, tukar ke Monorail turun di Bukit Bintang. Rasa jakun sangat tengok bandar sibuk macam KL ni diwaktu malam. Sampai je kat Pavillion, ayah YaeJi request nak makan di tempat aircond & tak sibuk. Diorang ajak makan di Michael Angelo. Italiano restaurant. Masa ni San Ee tanya "u ok tak makan sini?" ala sweet sungguh dia ni tau. Jarang ok jumpa yang suwit suwit ni. Tapi kalau uols yakin, makanlah. Kebetulan ada malay waitress kat situ explain ada makanan yang campur wine. Ada yang tak. Jadi waitress tu yang suggest untuk tuan tanah. 

Ayah YaeJi offer untuk minum. Bila tuan tanah kata tak minum, dia ingatkan tuan tanah tak minum sebab balik nanti kena drive sendiri. Bila YaeJi explain tentang agama tuan tanah, terus bapa dia mintak permission kalau dia nak minum ok tak? Jangan salah sangka tau. Bukan diorang tak respect. Tuan tanah yang tak kisah. Itukan kebiasaan diorang. Takkan sebab tuan tanah je, diorang tak boleh minum kan. 

Overall tuan tanah happy sangat dapat jumpa mak ayah YaeJi. Sama macam anak dia. Ramah tamah. Tu sebab tuan tanah cakap nasib tak boleh communicate dengan betul. Kalau tak mahunya tuan tanah ajak lepak mamak pulak hehe. Ahad tu mereka dah pulang. Kejap je percutian mereka. Katanya kebetulan dapat tiket AA murah dari Busan ke KL. RM350 return untuk sorang. Gila tak murah? Gila ko???!!!

YaeJi akan datang semula ke KL untuk bekerja bermula August nanti. Tak sabar nak jumpa lagi. Paling terkilan bila dia yang beri ole ole dari Korea. Bukan tuan tanah tauuuu. Harus kena balas semula budi budi. Dah la makan pun ayah dia yang bayar. Insya Allah ada kelapangan, ada rejeki akan tuan tanah visit mak ayah dia kat Daegu nanti. Hihi. Officially ada kampung baru kat sana!!